Khamis, 18 Ogos 2011

NUZUL AL-QURAN

Ramadhan Bulan Al-Qur’an


Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Puasa itu pada bulan Ramadhan yang diturunkan Al-Qur’an pada bulan itu sebagai petunjuk bagi manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk dan pembeza antara hak dan batil”.

(Al-Baqarah : Ayat 185)


Bulan Ramadhan juga digelar Bulan Al-Qur’an (Syahr Al-Quran) kerana Allah telah menurunkan Al-Qur’an kepada Nabi SAW pada bulan ini. Peristiwa agung ini berlaku pada 17 Ramadhan ketika Nabi SAW berusia 40 tahun semasa baginda sedang berkhulwah di Gua Hira’. Malaikat Jibril AS yang datang telah memeluk kemas baginda dan menyuruh baginda membaca. Setiap kali disuruh, Nabi SAW menjawab; “Aku tidak tahu membaca.” Akhirnya Jibril AS mengajar Nabi SAW 5 ayat pertama daripada Surah Al-’Alaq:


Maksudnya :

“Bacalah dengan nama Rabb-mu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Rabb-mu amat pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

(Surah Al-’Alaq : Ayat 1—5)


Penurunan 5 ayat ini adalah permulaan tugas baginda sebagai utusan Allah untuk menyuluh manusia kepada kebenaran daripada terus dilingkungi gelap pekat jahiliah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons