Khamis, 18 Ogos 2011

MENGAPAKAH AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT?

· Untuk memperkukuhkan ( Memantapkan ) hati Nabi Muhammad SAW dalam menghadapi sikap orang-orang musyrikin yang menyakitkan hati .

· Sebagai tanda kasih sayang kepada Nabi Muhammad SAW ketika turun wahyu

· Berperingkat—peringkat dalam pensyariatan hukum.

· Mempermudahkan hafalan dan kefahaman Al-Quran .

· Sebagai jawapan terhadap pelbagai peristiwa mahupun kes .

· Sebagai petunjuk kepada Allah yang menurunkan Al-Quran

NUZUL AL-QURAN

Ramadhan Bulan Al-Qur’an


Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Puasa itu pada bulan Ramadhan yang diturunkan Al-Qur’an pada bulan itu sebagai petunjuk bagi manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk dan pembeza antara hak dan batil”.

(Al-Baqarah : Ayat 185)


Bulan Ramadhan juga digelar Bulan Al-Qur’an (Syahr Al-Quran) kerana Allah telah menurunkan Al-Qur’an kepada Nabi SAW pada bulan ini. Peristiwa agung ini berlaku pada 17 Ramadhan ketika Nabi SAW berusia 40 tahun semasa baginda sedang berkhulwah di Gua Hira’. Malaikat Jibril AS yang datang telah memeluk kemas baginda dan menyuruh baginda membaca. Setiap kali disuruh, Nabi SAW menjawab; “Aku tidak tahu membaca.” Akhirnya Jibril AS mengajar Nabi SAW 5 ayat pertama daripada Surah Al-’Alaq:


Maksudnya :

“Bacalah dengan nama Rabb-mu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Rabb-mu amat pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

(Surah Al-’Alaq : Ayat 1—5)


Penurunan 5 ayat ini adalah permulaan tugas baginda sebagai utusan Allah untuk menyuluh manusia kepada kebenaran daripada terus dilingkungi gelap pekat jahiliah

BULETIN RAMADHAN EDISI 2


Dapatkan Buletin Ramadhan Edisi ke-2 dan jawab soalan ....hadiah menanti anda...

Isnin, 15 Ogos 2011

KUIZ RAMADHAN EDISI 2

Soalan Minggu edisi 2

1. Berikan pengertian puasa ?
2. Apakah hukum puasa Ramadhan ?
3. Mengapakah kita perlu bersahur ?
4. Apakah yang di maksudkan Iftar bersama ?
5. Di dalam bulan Ramadhan terdapat juga didalamnya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu ________________

Ahad, 14 Ogos 2011

PEPERIKSAAN UJIAN 3 15HB-19HB OGOS 2011


KUIZ RAMADHAN EDISI 1

Soalan Minggu ini .


1. Senaraikan 3 perkara sunat yang elok dilakukan pada Bulan Ramadhan .

2. Bulan Ramadhan dikenali sebagai _______________.

3. Siapakah yang memusnahkan berhala al-uzza ?

4. Bilakah Al-Quran diturunkan ?

5. Tuliskan 3 peristiwa besar yang terjadi di dalam bulan ramadhan .

IHYA RAMADHAN SRIKU

Tazkirah Ramadhan
Buletin Ramadhan & Kuiz Ramadhan

Bacaan Yassin

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432


 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons