Jumaat, 30 Oktober 2009

KESALAHAN BAHASA MELAYU YANG LAZIM

Kesalahan bahasa dalam penulisan sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa disedari. Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hukum tatabahasa. Oleh itu, dalam bahagian ini disenaraikan beberapa kesalahan bahasa yang biasa dilakukan sebagai panduan dan hukum tatabahasa sebagai rujukan bagi meminimumkan kesalahan bahasa yang berlaku semasa menulis.

3.1 Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan

Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan ialah kesalahan menggunakan kata atau frasa atau imbuhan di tempat yang tidak sepatutnya. Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan paling kerap kita lakukan dalam penulisan. Terdapat banyak kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan yang dapat saya kesan dalam bahan terbitan. Yang berikut merupakan kesalahan kata, frasa dan imbuhan yang lazim berlaku.

3.1.1 Kata, frasa dan imbuhan kata nama

i. Penggunaan kata nama khas di tempat kata nama am

a. Bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris
Ejaan b huruf besar bagi ejaan Bahasa Inggeris digunakan apabila merujuk kepada subjek atau mata pelajaran. Jika tidak, b bagi ejaan bahasa Inggeris perlu dieja dengan huruf kecil. Begitu juga bagi bahasa Melayu.


ii. Penggunaan kata dan frasa nama yang tidak tepat

a. Teladan ATAU Tauladan
Penggunaan kata teladan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata tauladan adalah salah mengikut tatabahasa.

b. Pusat beli-belah ATAU Pusat membeli-belah
Penggunaan kata yang betul ialah pusat beli-belah. Hal ini demikian kerana pusat membeli-belah membawa maksud kompleks tersebut berjalan untuk melaksanakan urusan jual beli.

c. Kata alu-aluan ATAU Kata-kata aluan
Penggunaan kata yang betul ialah kata alu-aluan. Hal ini demikian kerana dalam kamus tidak terdapat perkataan aluan.


iii. Penggunaan imbuhan Pe-...-an di tempat imbuhan PeR-...-an

a. Persaraan ATAU Pesaraan
Kata pesaraan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata persaraan adalah betul.

b. Perdamaian ATAU Pedamaian
Kata pedamaian tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata perdamaian adalah betul.


iv. Penggunaan imbuhan PeR-...-an di tempat imbuhan Pe-...-an

a. Pelantikan ATAU Perlantikan
Kata perlantikan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata pelantikan adalah betul.

b. Peletakan ATAU Perletakan
Kata perletakan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata peletakan adalah betul.

NOTA:

Bagi menentukan sama ada satu-satu perkataan itu menerima Pe-...-an atau PeR-...-an, perkataan itu boleh diuji dengan imbuhan beR-.... Jika perkataan tersebut boleh menerima beR-... dan meN-..., hal ini bermakna perkataan tersebut juga boleh menerima imbuhan PeR-....-an. Jika perkataan tersebut dapat menerima imbuhan meN-..., hal ini bermakna perkataan tersebut boleh menerima imbuhan Pe-...-an.


v. Kesalahan penggunaan imbuhan kata nama

a. Penstrukturan ATAU Pengstrukturan
Penstrukturan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata pinjaman yang bermula dengan huruf s dan t menerima imbuhan pen- dan bukannya peng-.

b. Pergolakan ATAU Pergolakkan
Kata pergolakan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata nama hanya menerima imbuhan apitan peR-...-an dan bukannya peR-...-kan.

c. Pengklasifikasi ATAU Penklasifikasi
Pengklasifikasi adalah betul. Hal ini demikian kerana kata pinjaman yang bermula dengan huruf k akan bergabung dengan imbuhan peng- dan bukannya pen-.


vi. Hukum D-M

a. Hal-hal lain ATAU Lain-lain hal
Penggunaan yang betul ialah hal-hal lain. Hal ini demikian kerana kata hal-hal merupakan unsur yang diterang manakala kata lain pula merupakan unsur yang menerang. Begitu juga bagi frasa lain-lain perkara dan lain-lain agenda. Frasa yang betul ialah perkara-perkara lain dan agenda-agenda lain.

b. Janji temu ATAU Temu janji
Penggunaan yang betul ialah janji temu. Hal ini demikian kerana kata janji merupakan unsur yang diterang manakala kata temu pula merupakan unsur yang menerang. Sesungguhnya, kita membuat janji untuk bertemu dan bukannya bertemu untuk berjanji.

c. Pendingin hawa ATAU Penghawa dingin
Penggunaan yang betul ialah pendingin hawa. Hal ini demikian kerana kata pendingin merupakan unsur yang diterang manakala kata hawa pula merupakan unsur yang menerang.

NOTA:

D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan itu, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur penerang pula hadir pada kedudukan kedua.

Contohnya:

Diterangkan (D) Menerangkan (M)
sos cili
restoran Aminah
lampu suluh
dapur gas
perpustakaan mini


Maklumat lanjut berkenaan buku CARA MUDAH MENGENAL PASTI KESALAHAN LAZIM DALAM BAHASA MELAYU ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my

RACUN DALAM ASAP ROKOK

RACUN DALAM ASAP ROKOK

MEROKOK MEMBAWA PENYAKIT

Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit

  1. Kanser pundi kencing
  2. Kanser perut
  3. Kanser usus dan rahim
  4. Kanser mulut
  5. Kanser Esofagus
  6. Kanser tekak
  7. Kanser pankrias
  8. Kanser payudara
  9. Kanser paru-paru
  10. Penyakit saluran pernafasan kronik
  11. Strok
  12. Kereputan tulang (osteoporosis)
  13. Penyakit jantung
  14. Kemandulan
  15. Putus haid awal
  16. Melahirkan bayi yang cacat
  17. Keguguran bayi
  18. Mati pucuk
  19. Bronkitis
  20. Batuk
  21. Penyakit ulser peptik
  22. Emfisima
  23. Otot lemah
  24. Penyakit gusi
  25. Kerosakan mata

MEROKOK SECARA PASIF

Walaupun anda tidak merokok, anda masih boleh menyedut asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara pasif ('passive smoking').

Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream smoke') mengandungi :

  • 2 kali lebih banyak nikotin
  • 5 kali lebih banyak karbon monoksida
  • 50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah
  • 3 kali lebih banyak tar

KESAN-KESAN MEROKOK SECARA PASIF

  • Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung
  • Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis
  • Sakit atau pedih mata
  • Bersin dan batuk-batuk
  • Sakit kerongkong
  • Sakit kepala

PEROKOK PASIF DAN RISIKO PENYAKIT

Dibandingkan dengan yang tidak terdedah dengan asap rokok pasif, perokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap pelbagai jenis penyakit

  • Penyakit jantung - 30%
  • Kanser - 25%

KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA IBU HAMIL DAN JANIN YANG DIKANDUNG

  • Keguguran janin
  • Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Pendarahan dari uri (abruption placenta)
  • Kurang berat badan - 20 hingga 30%

KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI

  • Masalah dan penyakit pernafasan
  • Perkembangan kecerdasan otot terjejas
  • Jangkitan telinga
  • Leukeamia
  • Kanser otak 22%
  • Lelah - meningkat simptom lelah
  • Sindrom kematian secara mengejut

KANSER PARU-PARU

MENGENAI KANSER

Anak-anak yang lahir tahun 1985, diperkirakan sepertiganya akan pernah menderita kanser, dan kira-kira seperempatnya akan meninggal karena kanser. Kita semua memiliki keluarga atau teman yang mengidap kanser. Jadual berikut memaparkan jumlah pengidap kanser di US tahun 1993.


Jumlah
Penderita

Jumlah
Kematian

Persen Kematian
dari Seluruh Kanser

Paru-Paru

170 000

149 000

28%

Usus Besar

152 000

57 000

11%

Payudara

183 000

46 300

9%

Leukemia

93 000

50 000

9%

Prostat

165 000

35 000

7%

Kanser pembunuh terbesar, iaitu kanser paru-paru, membunuh hampir 90% penderitanya, atau hampir 30% dari seluruh kematian akibat kanser. Namun sesungguhnya kanser paru-parulah yang paling mudah dicegah. Penyelidikan dalam beberapa dekad menunjukkan bahawa satu-satunya penyebab utama kanser paru-paru adalah asap rokok.

KARSINOGEN

Zat-zat karsinogen (pemicu kanser) yang terkandung pada rokok adalah:

  • vinyl chloride
  • benzo (a) pyrenes
  • nitroso-nor-nicotine

Satu-satunya zat yang lebih berbahaya daripada asap rokok dalam memicu kanser paru-paru adalah zat-zat radioaktif. Itu pun jika dimakan atau dihidap dalam kadar yang cukup.

KESAN KANSER PARU-PARU

Kematian umumnya bukan terjadi karena kesulitan bernafas yang diakibatkan oleh membesarnya kanser, tetapi karena posisi paru-paru dalam sistem peredaran darah menjadikan kanser mudah menyebar ke seluruh tubuh. Penyebaran metastase ke arah otak dan bahagian kritis lainnya lah yang mengakibatkan kematian itu. 90% penderita meninggal dalam 3 tahun setelah diagnosis.

Sabtu, 24 Oktober 2009

BACALAH AL-FATIHAH DGN BETUL WAHAI ANAK DIDIKKU

PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH

Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.

NAMA SYAITAN;

1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH.

2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB.

3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU.

4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK.

5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS.

6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYYA bermaksud matahari.
Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan"!!!!!!!!

7.SIROTOL LAZI...sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti.

8.AMIN...hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaanya.

kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:

a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi 'le')...sepatutnya dibaca, Alhamdulillah....
b) malikiyau-middin...sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( 'maa' = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a'n a'm...sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a'm...( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

PERHATIAN......
SEBARKANLAH HUKUM ALLAH WALAUPUN SATU AYAT SEMOGA KITA MENDAPAT RAHMATNYA...

Jumaat, 23 Oktober 2009

4 CARA KENAL KEAIBAN DIRI

1.Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.

2.Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.

3.Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.

4.Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.

Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.

Jumaat, 16 Oktober 2009

MALUNYA SEORANG WANITA ISLAM

http://akhisalman.blogspot.com/

MUKADDIMAH

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan freindster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH


كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها


"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:


ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن


"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:

"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:

اجتمعن يوم كذا وكذا

"Berhimpun pada hari sekian-sekian."

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Dalam athar ada menyebut:

نعمت النساء نساء الأنصار لم يمنعهن الحياء من السوءال عن دينهن

"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

Rabu, 7 Oktober 2009

KENANGAN INDAH PENULIS DI PADANG SUMATERA BARAT

Kemusnahan hebat Bandar Padang, Sumatera Barat, Indonesia dengan bencana gempa bumi baru - baru ini, bukan sahaja menggemparkan kembali dunia dengan silih bergantinya tragedi yang melanda Bumi Seberang, namun kejadian tersebut juga memberi kesan yang besar kepada penulis dan sebahagian rakan-rakan daripada HPA yang pernah memijakkan kaki di bumi itu dalam Ekspedisi Lawatan KPU pada 26 hingga 30 Disember 2008 yang lalu. Hampir keseluruhan lokasi menarik dan bangunan yang menghiasi bandar Minangkabau tersebut telah runtuh menyembah bumi. Lebih menyedihkan apabila kejadian tersebut turut menyeret kematian beribu penduduk di sana.

Penulis pastinya masih dapat membayangkan keindahan dan keunikan bandar tersebut, juga keselesaan Hotel Ambancang yang menjadi tempat rehat istimewa dan banyak menyimpan pengalaman bagi setiap peserta. Hotel yang boleh dikategorikan sebagai antara hotel yang paling `standard' di bandar tersebut, kini 3/4 Hotel Ambancang telah runtuh dan dikatakan masih banyak mayat - mayat penghuni hotel yang terperangkap masih gagal dikeluarkan.

Lapangan Terbang Padang yang banyak mengimbau sejarah dan kenangan bagi ahli - ahli rombongan juga telah musnah dalam kejadian gempa bumi tersebut. Begitulah hebatnya gempa bumi yang telah berlaku di Bandar Padang, Indonesia yang tidak menjangkakan kita terutamanya bagi kami yang telah pernah ke sana. Semoga apa yang berlaku akan menjadi iktibar kepada kita untuk selalu mengingati bahawa Allah berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita dari segala bencana dan memberikan kebaikan di akhirat kepada mangsa - mangsa tragedi , juga kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang kehilangan kaum keluarga dan terpaksa meneruskan kehidupan di celah bangunan batu bata yang runtuh.

HOTEL AMBANCANG YANG TELAH RUNTUH DALAM TRAGEDI GEMPA BUMI

HOTEL AMBANCANG WAKTU MALAM SEBELUM RUNTUH

BERGAMBAR KENANGAN DI DALAM HOTEL AMBANCANG SEMASA LAWATAN KE PADANG PADA 26 HINGGA 30 DISEMBER 2008

SEBAHAGIAN DARIPADA PEMIMPIN - PEMIMPIN KPU BERGAMBAR DI DEPAN HOTEL GRAN MALINDO, BUKIT TINGGI, INDONESIA
GUNUNG BERAPI YANG MASIH AKTIF DI SUMATERA BARAT "GUNUNG MERAPI"
BERGAMBAR KENANGAN DI KAWASAN KAWAH GUNUNG BERAPI YANG TIDAK AKTIF YANG SUDAH MENJADI TASIK "TASIK MANINJAU"

Selasa, 6 Oktober 2009

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH MERIAH





1 malaysia...



cikgu zaini sedang menerangkan sesuatu kepada Cikgu Ali..cara -cara membuat lemang ...


BERBAGAI-BAGAI JENIS KUIH RAYA



ANAK-ANAK RAMADHAN SYAWAL

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons