Isnin, 27 Julai 2009

HARI USAHAWAN DAN KEJOHANAN FUTSAL LMS 2009 DI SRIKU


Program : Hari Usahawanan dan Kejohanan Futsal LMS 2009
Tempat : Padang Bola SRIKU
Tarikh :01/08/2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00pg-4.00ptg

Rabu, 22 Julai 2009

WASPADA DENGAN PINGGAN JENAMA "BONE CHINA "

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SELAHTERA...

Dlm menghadapi zaman akhir zaman ini,musuh2 islam telah merangka bermacam2 strategi utk memesongkan serta menyesatkan akidah dan iman umat islam... Bersama2 lah kita saling ingat mengingatkan sesama kita.. Berwaspada la dlm apa jua perkara & perbuatan kita,semoga kita selamat dunia & akhirat.. Ameen...

*******************************************************************

Pinggan daripada tulang babi

(berita harian 22 julai 2009)

KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu berwaspada apabila membeli pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk tulang babi.

Tinjauan di beberapa gedung beli-belah di ibu negara mendapati tiada label diletakkan bagi memaklumkan pengguna bahan campuran digunakan untuk menghasilkan perkakasan itu.

Berbanding dengan kedai kasut yang biasanya meletakkan label ‘kasut diperbuat daripada kulit babi’ di ruang jualan, peniaga yang menjual pinggan mangkuk mengandungi campuran tulang haiwan tidak memaklumkannya kepada pembeli.

Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, ketika diminta mengulas, berkata orang ramai boleh mengenali perkakasan yang mengandungi tulang haiwan kerana kebanyakannya tercatat Bone China di belakangnya.

Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.

“Berbanding penggunaan kaca dan tembikar sepenuhnya, perkakasan yang mengandungi tulang haiwan ditumbuk halus itu biasanya diimport dari Jepun dan United Kingdom. Ia dicampurkan bagi menjadikannya lebih berkilat dan cantik.

“Ia biasanya lebih eksklusif dengan harga mencecah RM8,000 satu set,” katanya.

Namun, katanya, peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan meletakkan label di ruang jualan bagi memudahkan umat Islam mengenal pasti sama ada perkakasan dibeli dicampur tulang haiwan.

Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam boleh menghubungi CAP di talian 04-8299511 untuk kepastian.

Pengarah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata pihaknya pernah menerima aduan umat Islam yang khuatir mengenai penggunaan perkakasan seramik yang dikatakan mengandungi tulang haiwan.

“Namun, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Pihak berkuasa perlu menubuhkan unit khas untuk membuat kajian makmal,” katanya.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar, pula berkata pengguna yang ingin mendapatkan kepastian boleh membawa perkakasan itu untuk dianalisis oleh Unit Pemantauan dan Penguatkuasaannya.

UMAT ISLAM DIRUNDUNG MALANG

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.


Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.


Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.


Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.


Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?


Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.


Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.


Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!


Ends......sebuah catatan pengalaman RUDY

GERHANA DI SK SRI KURAU

Gerhana matahari separa di Malaysia esok

KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.

Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Fenomena astronomi yang juga akan berlaku esok akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.

Mhd Fairos berkata bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Apabila laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat, katanya.

Mhd Fairos berkata ANGKASA akan menghantar tiga orang pegawai untuk membuat penyelidikan dan pengambilan data dan imej gerhana (fotografi dan videografi) semasa berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China.

Ini kerana mengikut statistik, cuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding dengan kawasan lain.

Selain daripada ANGKASA, beberapa kumpulan daripada Malaysia akan turut menyertai Ekspedisi Gerhana di beberapa kawasan di China antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online, katanya.

Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting seperti www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html, www.saros.org/index.html, www.liveeclipse.org dan www.eclipsetv.com. BERNAMA



PANORAMA GERHANA MATAHARI DI SK SRI KURAU

Isnin, 20 Julai 2009

ISRA' MIKRAJ YANG MENGINSAFKAN KITA

27 Rejab : Peristiwa Isra' Mikraj, adakah kita semua mengambil pengajarannya?
Tanggal 27 Rejab, umat Islam seluruh dunia pastinya akan meningati suatu peristiwa agong yang tercatat di dalam al-Quran, Isra' Mikraj. Israk maknanya perjalanan Nabi Muhammad saw dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis. Sementara Mikrajnya pula ialah perjalanan Nabi dari Masjidil Aqsa ke sidradul Muntaha di lapisan langit yang ketujuh. Firman Allah bermaksud: Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

Dalam peristiwa agong ini, Allah SWT telah memeperjalankan hambanya, Nabi Muhammad saw pada malam hari setelah baginda merasa terlalu sedih dengan hinaan dan cacian dalam menyampaikan dakwah Islamiyah di Tanah Arab. Oleh itu saudara semua, jika ada isteri, anak-anak, ataupun ahli keluaga yang sedih, 'tention', maka hendaklah kita membawanya keluar bersiar-siar. Mudah-mudahan kesedihannya itu hilang.

Dalam perjalanan tersebut, nabi kita telah diperlihatkan pelbagai peristiwa yang bakal terjadi dan akibatnya daripada perbuatan manusia di dunia ini. Banyak pengajaran yang dapat kita ambil buat pedoman daripada peristiwa ini.

Apa yang paling utama dalam peristiwa ini ialah Nabi Muhammad telah menerima sendiri tuntutan solat 5 waktu sehari semalam. Alangkah malangnya bagi kita yang tidak kalah menyambut Isra' Mikraj tetapi solat kita entah kemana. Ada sesetengah tempat diadakan majlis ceramah Isra' Mikraj, namun kita tidak pernah menginsafi akan pengajarannya. Kita hanya hadir kerana ada jamuan cendol, nasi dagang, nasi minyak,dan paling kurang pun karipap. Namun solat kita entah kemana.

Maka, tidak ada ertinya di sesebuah tempat mengishtiharkan 27 Rejab sebagai cuti umum namun masyarakatnya tidak mengendahkan hal solat. Masyarakat kita semakin mudah meninggalkan solat. Apa erti Isra' Mikraj? Tidak ada maknanya langsung!!!

Majlis-majlis sambutan Isra' Mikraj dibuat di serata masjid, surau-surau. Para penceramah menceritakan satu persatu peristiwa yang dialami oleh Nabi Muhammad saw. Namun, saban tahun, cerita itulah yang dibaca, kisah itulah yang diterjemahkan. Tetapi masyarakat kita tetap tidak berubah. Malah semakain ramai yang tidak bersolat. Apa nak jadi ni. Bila dah besar panjang, nak kahwin, nak ada anak, tetapi kita sebagai suami, sebagai ayah, solat pun tak cukup. Lebih malang lagi, isteri/ibu itu pun tak bersolat juga. Jadi macam mana hendak mendidik anak-anak? Sebab itulah anak-anak lahir dan memebesar dalam keadaan yang tidak mengenal agama.

Harus diingat para ibu bapa, jangan ingat kita telah terlepas tanggungjawab setelah kita menghantar anak-anak ke sekolah sahaja. Sedangkan kita sendiri tidak pernah mengambil tahu hal anak-anak kita terutama dalam hal solat. Kebayakan ibubapa hari ini macam tu lah. Melepaskan tanggungjawab kepada cikgu-cikgu di sekolah. Jangan merasa sedap hati ye.

Apapun kita sebagai umat Islam, haruslah memperingati akan peristwa agong ini. Ambil lah seberapa banayk pengajaran dan tauladan daripada peristiwa ini. Jangan ada lagi generasi kita yang tidak menunaikan solat. Jangan ada lagi generasi kita yang tidak tahu untuk bersolat 5 waktu sehari semalam. Perbaiki solat kita, perelokkan mutu solat kita kian hari. Kepada ibu bapa sekalian, ingatlah jika anak-anak kita tidak solat, kita akan dipertangungjawabkan nanti. Oleh itu, didklah anak kita bersolat ketika mereka masih kecil. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Jumaat, 17 Julai 2009

MACAM - MACAM CERITA


MAIDSTONE - Seorang penduduk di Kampung Seasalter, Kent, Britain iaitu Gavin Paslow dilarang keluar rumah pada waktu malam oleh pihak berkuasa, lapor sebuah akhbar semalam.

Kesalahan yang dilakukannya ialah dia menjalani pembedahan bagi membolehkan wajahnya kelihatan seperti syaitan dengan menggunakan wang bantuan sara hidup dan perumahan berjumlah £3,552 (RM20,861).

Paslow yang berumur 39 tahun dikenakan perintah berkurung dari pukul 5 petang hingga 5 pagi di rumahnya dan dia perlu memakai teg elektrik supaya pihak berkuasa boleh mengesan pergerakannya.

Dia menjalani pembedahan supaya dua tanduk terdapat di dahinya manakala lidahnya kelihatan seperti bercabang dua.

Paslow mengaku di sebuah mahkamah majistret melakukan tujuh kesalahan penipuan sara hidup bagi membiayai pembedahan itu.

"Ia merupakan kesilapan bodoh. Saya meminta maaf. Saya berasa amat kesal," katanya yang merupakan duda dua anak. - Agensi

ends....

sumber :kosmo

Rabu, 15 Julai 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2009 & UJIAN PENGESANAN 2




kelihatan pelajar UPSR 2009 sedang menghadapi ujian Percubaan UPSR 2009.

Selasa, 14 Julai 2009

DATUK K DAN DATUK SITI NURHALIZA LAWAT GERAI HPA SMK Pekula Jaya , Tikam Batu Kedah

Jika dua bulan yang lepas Datuk 'K' dan isterinya penyanyi sensasi Datuk Siti Nurhaliza melawat dan menziarahi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, pada kali ini kedua-dua tokoh itu berpeluang pula melawat Gerai Jualan HPA yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekula Jaya, Tikam Batu, Sungai Petani Kedah.
Kehadiran kedua-dua tokoh ini adalah atas jemputan pihak sekolah sempena Hari Anugerah Cemerlang dan Kokurikulum sekolah tersebut pada 12 Julai 2009 yang lalu. Pusat Jualan HPA Padang Temusu milik PJS Mohd Nadzri Ahmad dan PJS Puan Noormah Zainol telah mengadakan gerai jualan tersebut. Mereka dibantu oleh PJ Ku Azhar, PJ Razali Safar (suami kepada PJS Asnah Mustafa), PJ Wan Haselina, PJ Adlina, PJ Roslina dan beberapa orang lagi pemimpin HPA sekitar pekan Tikam Batu.
Gerai Jualan HPA mendapat perhatian dan sambutan yang amat menggalakkan dari para pengunjung. Datuk 'K' dan isteri juga tidak ketinggalan mengunjungi gerai HPA dan mereka berdua buat kali pertamanya menikmati minuman RADIX KOKO HPA.










p/s : sksrikurau nak jemput nabil kot....

SEKADAR PERINGATAN..........

TOLONG SEBARKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM KALAU ANDA SAYANGKAN ISLAM!!!!

Write 'Makkah' but don't write 'Mecca' coz 'mecca' mesans 'House Of Wine'...


Write 'Muhammad' don't write 'Mohd' coz 'Mohd' means a dog with a big
mouth'...

Write 'Allah S.W.T' or 'Allah' only not '4jji' coz '4jji' means for Judas Jesus Isa Al-Masih...send this to all muslims..

Perkataan "BYE" adalah jarum sulit kristian yang BERMAKSUD dibawah naungan pope.

Jangan gunakan "A'KUM" sbb ia bermaksud Binatang dlm bahasa Yahudi..


SEMEKOM/SMEKOM pula BERMAKSUD celaka kamu..jadi GUNAKAN perkataan SALAM sebagai singkatan bagi assalammualaikum...

SEKADAR MAKLUMAN UNTUK ELAKKAN DARI DIRI BUAT DOSA YANG TIDAK DISENGAJAKAN..

Ends....

Jumaat, 10 Julai 2009

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2009

OTAI SEGALA OTAI YANG MASIH LAGI DIGERUNI



MASTER SIFU SEDANG MENYIAPKAN SANTAPAN ...DISEBELAHNYA CHEF YANG TERLATIH


KULIAH DAN SOLAT ISYA' YANG DIPIMPIN OLEH USTAZ IRWAN






AKTIVITI MURID YANG TELAH DIRANCANGKAN ......



TOK BATIN ( YANG MEMEGANG TONGKAT SAKTI ) SERTA ANAK BUAHNYA.....

Khamis, 2 Julai 2009

PROJEK CILI YANG AKAN DI TUAI ( PROGRAM BUMI HIJAU ) SK SRI KURAU

Penanaman Pokok Cili bersebelahan Makmal Komputer Sekolah mencantikkan pemandangan...


Pokok Cili yang semakin membesar..tunggu masa untuk di tuai....

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons