Isnin, 27 April 2009

KEDUDUKAN DISIPLIN SEKOLAH

Gambar diatas : Guru Disiplin SK Sri Kurau. memang garang..tul

Sepanjang saya ditugaskan sebagai guru disiplin sekolah ini ,saya dapati murid-murid sekolah Sri Kurau ini mempunyai tahap disiplin yang baik dan tidak suka membuat masalah terutamanya kepada guru dan juga kepada pentadbir.


Hanya beberapa pemasalahan yang saya dapat kenalpasti yang melibatkan hanya segelintir murid yang nakal tetapi masih pada tahap terkawal dan diberikan panduan dan nasihat yang berterusan.


Saya memohon kerjasama dan bimbingan dari semua guru SKSK untuk terus memberi tunjuk ajar dan panduan yang berterusan kepada anak didik kita supaya kecemerlangan sekolah akan berterusan.

PEJABAT SK SRI KURAU DALAM PEMBINAAN.

Gambar diatas: Kelihatan salah seorang Guru menunjukkan tanda isyarat disebalik bangunan yang tidak siap lagi...dia tak tahu gambarnya sedang diambil oleh jurugambar yang berpengalaman.

InsyaAllah dalam beberapa minggu lagi , Pejabat Sri Kurau akan siap untuk diduduki oleh Guru Besar dan Staf untuk kerja - kerja pentadbiran ..Semoga dengan pembinaan ini , bertambah lancarlah bahagian pentadbiran sekolah ini. insyaAllah...

Jumaat, 24 April 2009

SK SRI KURAU CIPTA SEJARAH DALAM MTQ ZON BATU KURAU 2009

Gambar diatas : Peserta dan Guru-guru sedang bergambar meraikan kejayaan sekolah

AKHIRNYA setelah mencuba beberapa kali ....tahun 2009 adalah tahun yang bertuah untuk Pasukan MTQ sekolah merangkul johan dalam beberapa pertandingan . Sriku telah mendapat johan dalam pertandingan bercerita lelaki ( adik Mohamad Danial) , hafazan dan Tulisan Jawi perempuan ( adik Fatin Norakhilah ) manakala tempat ke-2 pula nasyid, hafazan lelaki
( adik Mohamad Khusaini ) , dan kompang selawat (menang tanpa bertanding ) .
pada tahun ini juga pasukan nasyid sekolah masih lagi dapat tempat ke-2 ...mungkin badi kot,,,tiap - tiap tahun dapat no 2..,beza 1 mata ja..InsyaAllah tahun depan di harap semua peserta sekolah akan mencuba lagi. Pasukan sekolah juga telah dinobatkan sebagai Johan MTQ Keseluruhan dan Johan MKI keseluruhan . Syabas diucapkan kepada semua peserta dan semua guru sekolah yang banyak membantu dalam menjayakan pasukan sekolah.

AKHIRNYA ADA JUGAK BLOG SK SRI KURAU

Assalamualaikum wbt.. selamat datang ke Blog SK Sri Kurau...ingatkan tak de...dah lama menanti,,akhirnya ada jugak,,,asyik -asyik dok tengok blog sekolah lain ja,,teringin jugak rasanya ada blog sekolah sendiri..., blog ini akan diselenggarakan oleh saya ...dan kalau ada apa - apa cadangan , pendapat , komen , luahan atau ape - ape yang boleh memberi manfaat pada blog ni.. boleh hantarkan pada saya,,,insyaAllah saya akan masukkan mengikut kesesuaian...
sekian ,,harap maklum

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons