Khamis, 4 Mac 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2010


Guru -Guru sedang mendengar degan khusyuk

Penceramah Jemputan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faris Jalaludin


03 MAC 2010 - Sempena sambutan maulidur rasul 1431, Panitia Agama Islam S.K Sri kurau telah mengadakan majlis sambutan dengan mengadakan aktiviti seperti ceramah , kuiz , dan aktiviti cabutan bertuah. Ceramah telah disampaikankan oleh penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fariz b Jalaludin dari SK Ayer Putih Kamunting. Majlis telah diadakan pada waktu petang memandangkan pada waktu pagi , penceramah yang dijemput tidak boleh hadir .Tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah "Memperkasakan Ukhuwah Memantapkan Ummah ".Majlis telah berjalan dengan sempurna dan telah diserikan dengan cabutan bertuah dimana sebanyak 24 hadiah cabutan telah diberikan kepada guru dan murid yang bertuah sahaja. Panitia Agama Islam Sri Kurau berharap , agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan samada yang terlibat ataupun tidak terlibat.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons