Isnin, 29 Jun 2009

BANGUNAN PEJABAT BARU









Sabtu, 27 Jun 2009

AGROFEST 2009 DI SG SIPUT

PAMERAN AGROFEST (HARI PELADANG DAN PENTERNAK )
PERINGKAT NEGERI PERAK

TARIKH : 25-28 JUN 2009 (KHAMIS - AHAD )



MARI KITA KE SANA.....PETANG NI..

Khamis, 25 Jun 2009

H1 N DI SK SRI KURAU

Penularan tempatan wabak selesema A (H1N1) terus berlaku dengan dua kes lagi disahkan hari ini, menjadikan jumlahnya 11 sejak kes awal seminggu lalu.Jumlah tersebut, termasuk 10 kes import yang baru disahkan, menjadikan semuanya 80 kes di seluruh negara sejak 15 Mei lepas.
Satu daripada kes tersebut dilaporkan di Johor apabila seorang pelajar wanita 19 tahun yang pulang dari Melbourne disahkan positif.Mangsa menaiki penerbangan Singapura SQ0238 yang mendarat di Changi dua hari lepas.

Demam Durian di sini telah bermula...disana-sini durian....tapi ingat jgn terkena H1 N durian pulak...nnt tak mai sekolah plak...Antara penyakit H1 N1 dengan H1 N durian ada persamaan dan perbezaannya..H1N1 penyakit yang kini ditakuti krn ia boleh membawa maut kalau tidak ada pencegahan manakala H1N durian pula ...kalau mkn banyak boleh demam .klau kat area bt kurau ni... ,Durian di sini adalah yang paling terkenal di Negeri Perak ..krn rasanya..yang manis dan berlemak....

Rabu, 24 Jun 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB 24/06/2009 (RABU)

Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini.........Kebaikan mu’jizat yang ada dalam bulan REJAB.Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.

"Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.

"p/s: Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara
1.. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

InsyaAllah.. mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

AMALAN BULAN REJAB

Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar.Di dalam kalendar umat Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya. Firman-Nya:Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) ; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – al-Tawbah (9) : 36Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu” di dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662Ternyata bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang telah dimuliakan oleh Allah S.W.T..Untuk mengetahui apakah amalan-amalan sempena Rejab sila kehttp://akob73. blogspot. com/2008/ 06/artikel- tentang-bulan- rejab.html

GURU CEMERLANG (APC) SK SRI KURAU 2008

Tn Hj Soffian b Zainal

En Mohd Aminuddin b Zakaria

P/s : Tahniah kepada kedua-dua guru tersebut krn menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...kepada guru-guru lain teruskan perjuangan anda..

KEHIDUPAN SEORANG PEMIMPIN

Bersama-sama ini saya lampirkan tiga keping gambar majlis jamuan Negara yang diadakan oleh Presiden Iran bagi meraikan lawatan oleh Presiden Bolivia ke Teheran baru-baru ini. Saya amat tertarik menatap gambar-gambar ini yang secara jelas menzahirkan betapa sederhananya seorang yang bergelar Presiden sebuah Negara Islam yang amat dibenci oleh Amerika, Israel, Yahudi dan sekutunya.






MaJlis PelanCaraN Bulan ICT

Pada hari ini 24/06/2009 (Rabu ) ...telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan ICT di Kantin Sekolah...Majlis itu telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1 SKSK iaitu En Nai Sowat a/l Nai Liew...




Gambar : Guru PK 1 Sk Sri kurau iaitu En Nai Sowat merasmikankan Bulan ICT Peringkat Sekolah 2009.

UJIAN PeNgEsaNan 3 (UPSR)

Pada 23/06/2009 - 25/06/2009 pelajar tahun 6 akan menghadapi Ujian Pengesanan 3 (UPSR)...diharap semua pelajar berusaha bersungguh - sungguh menjawab soalan peperiksaan yang telah disediakan ....

Sabtu, 20 Jun 2009

KURSUS LDP ( PLBS dan ASAS MEMBINA WEBLOG ) 2 dlm 1


Gambar : Penceramah Jemputan iaitu Cikgu Abd Manan yang menyampaikan slot PLBS

Pada 2O Jun 2009, Kursus LDP iaitu PLBS (Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah ) dan Membina Laman Blog atau WEBLOG telah diadakan di Makmal Komputer SK Sri Kurau. Kursus yang diadakan bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang ini adalah salah satu usaha pihak sekolah untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran guru - guru sekolah ini dalam Pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran penggunaan ICT dan Internet.Kursus ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada guru cara - cara PnP yang berkesan dan teknik menghasilkan sesuatu laman blog atau WEBLOG yang pada akhir - akhir ini menjadi satu `trend' para penulis dan para ilmuan dalam menghasilkan idea - idea kreatif dalam penulisan secara digital. PLBS telah disampaikan oleh Bekas Guru Sekolah ini iaitu Cikgu Abd Manan yang kini bertugas di Sk Ayer Putih manakala Kursus membina Asas WEBLOG pula telah disampaikan oleh salah seorang Guru SK Sri Kurau yang juga pembina ( blogger ) laman blog ini.Tahniah diucapkan kepada guru - guru yang telah berjaya membina laman blog sendiri. Diharap usaha ini akan berterusan sehingga mahir membina laman blog dan boleh di ajar kepada orang lain.

Kelihatan guru-guru khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Isnin, 15 Jun 2009

MUSIM CUTI SEKOLAH BERAKHIR DGN......

Gambar : Cikgu yang baru berpindah ke SRIKU iaitu Pn Norliza..selamat bertugas..

Musim cuti sekolah telah berakhir dgn kedatangan Guru Baru yang menggantikan Cikgu Zaharah...iaitu Cikgu Norliza yang sebelum ini berkhidmat di Sarawak. Kepada Cikgu Norliza..selamat bertugas di sekolah ini dan kpd Cikgu Zaharah ..teruskan perjuangan anda dan berita terbaru kemungkinan besar ,seorang lagi guru SKSK akan bertukar iaitu Cikgu Norhazwani ke SJKC Simpang...atas permintaan beliau sendiri ....



 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons