Sabtu, 20 Jun 2009

KURSUS LDP ( PLBS dan ASAS MEMBINA WEBLOG ) 2 dlm 1


Gambar : Penceramah Jemputan iaitu Cikgu Abd Manan yang menyampaikan slot PLBS

Pada 2O Jun 2009, Kursus LDP iaitu PLBS (Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah ) dan Membina Laman Blog atau WEBLOG telah diadakan di Makmal Komputer SK Sri Kurau. Kursus yang diadakan bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang ini adalah salah satu usaha pihak sekolah untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran guru - guru sekolah ini dalam Pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran penggunaan ICT dan Internet.Kursus ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada guru cara - cara PnP yang berkesan dan teknik menghasilkan sesuatu laman blog atau WEBLOG yang pada akhir - akhir ini menjadi satu `trend' para penulis dan para ilmuan dalam menghasilkan idea - idea kreatif dalam penulisan secara digital. PLBS telah disampaikan oleh Bekas Guru Sekolah ini iaitu Cikgu Abd Manan yang kini bertugas di Sk Ayer Putih manakala Kursus membina Asas WEBLOG pula telah disampaikan oleh salah seorang Guru SK Sri Kurau yang juga pembina ( blogger ) laman blog ini.Tahniah diucapkan kepada guru - guru yang telah berjaya membina laman blog sendiri. Diharap usaha ini akan berterusan sehingga mahir membina laman blog dan boleh di ajar kepada orang lain.

Kelihatan guru-guru khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons