Jumaat, 29 Mei 2009

BILIK GURU YANG AKAN DI UPGRADE "BILIK GURUKU SYURGAKU"

Bilik Guru diarahkan kosong kerana pada masa cuti ini kerja upgrade bilik guru akan dijalankan...

kelihatan Cikgu Ali sedang mengemas barangnya untuk dipindahkan ke suatu tempat bagi memastikan kerja upgrade bilik guru berjaya

lantai ini akan di hiasi dgn lantai mozek...



Mozek berjenama ALPHA menjadi pilihan.....


CUTI PENGGAL PERTAMA...SELAMAT BERCUTI WARGA SRIKU

Cuti Penggal pertama akan bermula pada 30hb Mei - 14hb Jun 2009. Diucapkan selamat bercuti kepada semua warga SRI KURAU ...kepada semua murid SRIKURAU manfaatkan cuti anda dengan perkara yang berfaedah..jangan melakukan perkara yg dilarang oleh agama islam..Tuisyen sekolah untuk tahun 6 jgn ponteng..ingat pada murid tahun 6 anda ada misi selepas balik bercuti....
Kepada Warga SRIKU , yang balik kampung tu hati-hati semasa memandu, sayangi diri dan keluarga anda semua..balik cuti ni jgn lupa bwk buah tgn..tambahan yang balik dari kelate..tu.

Kepada Cikgu Zaharah..dengar cerita dapat tukar ke Pulau Pinang...walaupun dimana anda berada engkau ttp dihati WARGA SRIKU..teruskan perjuangan anda...jasamu dikenang..


Gambar : Cikgu Zaharah yg mungkin akan berpindah sekolah di Pulau Pinang bulan depan krn mengikuti suami yg bekerja disana.

Selasa, 26 Mei 2009

SIAPA DAH MAKAN RFC ( RADIX FRIED CHICKEN )

Gambar : RFC di Sg Petani..dahulunya warna merah..kini telah berubah wajah warna Oren..pemandangan di waktu malam..



InsyaAllah RFC nak buka di Melaka (mydin)


Hotel HPA iaitu Hotel El-Zahra inn di Sungai Petani (sdg dalam pembinaan) bersebelahan RFC Sg Petani...tidur kat hotel ni siap ada nilai mata lg...dan dapat harga ahli..


Ini pulak Radix Oriental Cuisine...masakan cina...milik HPA



Radix Chicken House di Kodiang dan terbaru di Arau Perlis...insyaAllah RFC ,RCH,ROC dan ROR akn smpai di Bandar Taiping..doakan aje la...

SATU LAGI PENCAPAIAN RFC !!!!!

Saya dah pi sana dan makan...cuma RCH sj tak pegi lg...


Isnin, 25 Mei 2009

MUSIM PEPERIKSAAN MENGUJI PENGETAHUAN MURID SRIKU

Sehari selepas Sambutan Hari Guru , semua pelajar SK Sri Kurau telah menghadapi Peperiksaan PKSR 1 ..didoakan semoga semua murid berjaya dalam peperiksaan ini, amin....







murid - murid sedang tekun menjawab soalan ....

HARI GURU SKSK MERIAH

Pada 18 hb Mei 2009 , Semua sekolah di seluruh negara telah menyambut hari yang paling bermakna buat warga pendidik iaitu sambutan hari guru bertemakan " Guru Pembina Negara Bangsa ". SK Sri Kurau tidak terkecuali menyambutnya dengan meriah dan perasaan penuh bangga . Murid - murid juga tidak terkecuali menumpang kemeriahan sambutan hari guru di SK Sri Kurau.


Wakil Menteri Pelajaran :Pn Nani Mastina sedang membacakan Perutusan daripada Menteri Pelajaran iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin


Wakil Ketua Pengarah Pelajaran : En Aminuddin Zakaria sdg membaca perutusan ...






Pengerusi Majlis yg menceriakan suasana Sambutan Hari Guru SKSK....







Guru PRA dan Pelajarnya.....



Persembahan penutup daripada Cikgu Mohd Zaini Mehad dengan sajaknya " Guru adalah Intan Permata " yang dihasilkan oleh beliau....



Wakil murid sdg membacakan ucapan untuk semua guru SKSK..

Rabu, 13 Mei 2009

WANITA AKAL SENIPIS RAMBUT

Jangankan lelaki biasa , nabi pun terasa sunyi tanpa wanita . Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki akan resah . Masih mencari walau ada segalanya . Apa yang tiada di dalam syurga ? namun Adam tetap rindukan Hawa .Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki . Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus , mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus . Luruskanlah wanita itu dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah S.W.T . Didiklah mereka dengan panduan-nya .Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta , kerana nantinya mereka akan semakin liar . Kenalkanla mereka kepada Allah , zat yang kekal . Disitu punca kekuatan dunia !!!.Akal senipis rambutnya , tebalkanlah ia dengan ilmu berguna . Hati serapuh kaca , kuatkanlah ia dengan iman sempurna . Perasaanya selembut sutera , hiasilah ia dengan akhlaq mulia . Suburkanlah ia kerana disitu nantinya mereka akan melihat nilaian dan keadilan Allah .Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan . Ia bukan diskriminasi Allah ,sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah . Wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan . Tanpa iman , ilmu dan akhlaq , mereka tidak akan lurus . Bahkan mereka akan semakin bengkok . Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal tuhannya.Bila wanita menjadi derhaka , pasti dunia lelaki akan menjadi huru- hara . Lelaki janganlah pula mengharapkan ketaatan semata – mata tapi binalah kepimpinan . Pastikan sebelum memimpin wanita menuju illahi , pimpinlah dulu diri sendiri kepadanya .Jinakkanlah diri kepada Allah , nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu . Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahrah andainya dirimu tak sehebat Saidina Ali Karamallah . Begitulah sebaliknya . Semoga nur Illahi menerangi hatimu .Aminn………

Selasa, 12 Mei 2009

CARA TEGUR ISTERI

1. Suami tak boleh membesarkan masalah yang kecil. Kalau terpaksa tegur juga, gunalah perkataan yang lembut dan tidak menyakitkan hati. Kot yer pun isteri tu salah, toksahlah diperbesar2kan sangat. Jangan sekali-kali keluarkan perkataan yang kesat yang boleh menyakitkan hati isteri. Jangan hanya semata-mata nak puaskan nafsu dan ego suami tu, kita dok keluarkan kata-kata yang berlebihan pula. Kalau kita cakap macam tu dan membebel lebih2 pun, bukannya isteri kita dapat terima dan nak dengar. Malah ia mungkin akan menyebabkan isteri sakit hati dan berdendam dengan kita. So, beringatlah sebelum kita mengeluarkan kata2 semasa menegur isteri. Gunakan pendekatan yang lembut dan berhemah. Itu lebih bagus.
2. Teguran kita mestilah berlapik kalau boleh. Tegur isteri dengan kata2 yang berlapik supaya maruah dan air mukanya tak jatuh. Biar dia sendiri yang berasa dia bersalah dan bukannya kita yang berlebih-lebihan menunjukkan kesalahannya. Ingatlah bahawa teguran yang keras itu hanya akan menyakitkan hati dan apabila hati dah sakit, maka emosi dan perasaan sukar dikawal.Tapi kalau dengan kata2 berlapik tu isteri tetap jugak tak faham2. Maka bolehlah kita membuat teguran secara direct dan terus terang. Tapi ingat, GUNALAH PERKATAAN2 YANG BAIK2 DAN NADA YANG LEMBUT PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Lepas tegur, istighfar pada ALLAH banyak2 dan mohon supaya ALLAH berikan kesedaran pada isteri kita.
3. JANGAN SEKALI2 MENEGUR ATAU MENGUNGKITKAN KESALAHAN ISTERI DIDEPAN ORANG LAIN. Hatta depan adik beradik, depan anak2 atau depan kaum kerabat yang rapat2 pun tak boleh tegur isteri secara terus. Sebab ianya akan membuatkan isteri berasa amat tersinggung dan malu. Kalau isteri dah tersinggung dan berasa hati dengan kita, masa tu baru kita nak menyesal, maka dah terlambat la…
4. Tegurlah isteri pada waktu dan masa yang sesuai. JANGAN SEKALI2 TEGUR ISTERI MASA ANDA MARAH! Bersabarlah sikit. Bagi ruang pada isteri dan cari masa yang sesuai untuk buat teguran. Biar diri kita ‘cool down’ dan tenang dulu, baru la pi tegur.
5. JANGANLAH bersikap SOMBONG dan MENINGGGI DIRI. Walaupun kita ni suami dan sikit sebanyak kita ada hak untuk bersuara. Tapi jangan la EGO sangat. Masa tegur tu, janganlah menunjukkan sikap seperti kita ni seolah2 nak merendahkan kebolehan isteri pula. Jangan la kita syok sendiri dan puji diri mengatakn kita ni serba boleh harap. Isteri? Langsung tak guna…tak boleh harap. Macam2 kita ungkit kesalahan dia. Patut ke macam tu? Jadi, jangan la kita sombong dan meninggi diri.
6. Paling pentingnya ialah, sekali lagi, TEGUR LAH ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG. Jangan la buat teguran sehingga melukai hati dan perasaan isteri. Teguran anda adalah atas dasar CINTA dan KASIH SAYANG, bukannya atas sebab lain.

diambil dari blog terpilih...

Jumaat, 8 Mei 2009

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 DI KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMUNTING

Pada 08 hb & 09 hb Mei 2009 telah diadakan Program Motivasi Tahun 6 di Kompleks Rakan Muda Kamunting. Program ini telah dihadiri seramai 40 orang murid terpilih tahun 6 SK Sri Kurau.



Gambar : Apa yg menarik sgt tu...sehingga tak sedar gambar diambil...


Gambar : Cikgu Mohd Zaini sdg menyampaikan tazkirah selepas solat asar di Surau Kompleks Rakan Muda


Gambar : Sebahagian Guru sdg menjamu minum petang .

Gambar : Beberapa org guru sedang mengambil bahagian untuk bukti kehadiran..penting tu..


Gambar : Tarian "Poco - Poco " yg diketuai oleh Cikgu Nani Mastina....dibelakangnya pengikut setia.....



Gambar : Slot malam yang diisi oleh Cikgu Sharizal .

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons