Rabu, 13 Mei 2009

WANITA AKAL SENIPIS RAMBUT

Jangankan lelaki biasa , nabi pun terasa sunyi tanpa wanita . Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki akan resah . Masih mencari walau ada segalanya . Apa yang tiada di dalam syurga ? namun Adam tetap rindukan Hawa .Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki . Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus , mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus . Luruskanlah wanita itu dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah S.W.T . Didiklah mereka dengan panduan-nya .Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta , kerana nantinya mereka akan semakin liar . Kenalkanla mereka kepada Allah , zat yang kekal . Disitu punca kekuatan dunia !!!.Akal senipis rambutnya , tebalkanlah ia dengan ilmu berguna . Hati serapuh kaca , kuatkanlah ia dengan iman sempurna . Perasaanya selembut sutera , hiasilah ia dengan akhlaq mulia . Suburkanlah ia kerana disitu nantinya mereka akan melihat nilaian dan keadilan Allah .Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan . Ia bukan diskriminasi Allah ,sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah . Wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan . Tanpa iman , ilmu dan akhlaq , mereka tidak akan lurus . Bahkan mereka akan semakin bengkok . Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal tuhannya.Bila wanita menjadi derhaka , pasti dunia lelaki akan menjadi huru- hara . Lelaki janganlah pula mengharapkan ketaatan semata – mata tapi binalah kepimpinan . Pastikan sebelum memimpin wanita menuju illahi , pimpinlah dulu diri sendiri kepadanya .Jinakkanlah diri kepada Allah , nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu . Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahrah andainya dirimu tak sehebat Saidina Ali Karamallah . Begitulah sebaliknya . Semoga nur Illahi menerangi hatimu .Aminn………

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons