Jumaat, 24 April 2009

SK SRI KURAU CIPTA SEJARAH DALAM MTQ ZON BATU KURAU 2009

Gambar diatas : Peserta dan Guru-guru sedang bergambar meraikan kejayaan sekolah

AKHIRNYA setelah mencuba beberapa kali ....tahun 2009 adalah tahun yang bertuah untuk Pasukan MTQ sekolah merangkul johan dalam beberapa pertandingan . Sriku telah mendapat johan dalam pertandingan bercerita lelaki ( adik Mohamad Danial) , hafazan dan Tulisan Jawi perempuan ( adik Fatin Norakhilah ) manakala tempat ke-2 pula nasyid, hafazan lelaki
( adik Mohamad Khusaini ) , dan kompang selawat (menang tanpa bertanding ) .
pada tahun ini juga pasukan nasyid sekolah masih lagi dapat tempat ke-2 ...mungkin badi kot,,,tiap - tiap tahun dapat no 2..,beza 1 mata ja..InsyaAllah tahun depan di harap semua peserta sekolah akan mencuba lagi. Pasukan sekolah juga telah dinobatkan sebagai Johan MTQ Keseluruhan dan Johan MKI keseluruhan . Syabas diucapkan kepada semua peserta dan semua guru sekolah yang banyak membantu dalam menjayakan pasukan sekolah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons