Isnin, 10 Ogos 2009

JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Jumaat, 7 Ogos 2009

H1N1 PANDUAN MEMAKAI TOPENG MUKA

1. Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.

2. Tetulang besi ialah bahagian atas

3. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar

4. Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis tali ikat dengan kemas belakang kepala)

5. Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu

6. Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka

7. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran

8. Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar kerana bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman

9. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian luar atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.

10. Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk

Untuk Doa Keselamatan dari Wabak Penyakit sila ke pautan Blog bekas Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus

KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA BEKALKAN KEPADA ANAK-ANAK SABUN BASUH TANGAN SEKIRANYA SEKOLAH TIDAK MENYEDIAKAN SABUN UNTUK MEMBASUH TANGAN

PENCAPAIAN PERCUBAAN UPSR SRIKU 2009 MEMBANGGAKAN

Pada 14hb-16hb Julai 2009 , telah diadakan Peperiksaan Percubaan UPSR 2009 . seramai 62 orang murid SK Sri Kurau telah mengambil peperiksaan itu. Daripada 62 orang, hanya 6 orang sahaja yang mendapat 5A, manakala 1 orang -4A 1B, 2 orang 3A 2B , dan seorang mendapat - 3A 1B 1C .


Pelajar yang mendapat 5A ialah:-

Ahmad Fakhurrazi bin Abdul Latif

Shahrul Nizam bin Noor Azman

Nur Athirah binti Khalid

Nur Ainul Husna binti Abdul Halim

Saqifah binti Abdul Razak

Siti Hajar Nur binti Abu Sopian


Keputusan 4A 1B

Siti Nazirah binti Ali Asak

Keputusan 3A 2B


Noor Liyana binti Mustafa

Nur Arinah binti Mat Isa

Keputusan 3A 1B 1C


Nur Farhana binti Ramle

P/s : Ucapan Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dan tak lupa juga kepada semua warga SRIKU yang memberi kerjasama terutamanya Guru Tahun 6....semoga UPSR yang sebenar akan mendapat lebih cemerlang lagi.............teruskan perjuangan...

Khamis, 6 Ogos 2009

RAHSIA DISEBALIK BENCANA H1N1 AN PENGUBATANNYA

Wabak selesema babi ( H1N1 ) 2009 bermula pada Mei dan sehingga 21 Jun 2009, terdapat 50 kes di Malaysia, tetapi hingga 2 Ogos terkumpul 1429 kes dengan kematian 6 orang. Daripada 1,429 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (40%) merupakan kes import dan 855 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,394 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sepuluh (10) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah. Peningkatan kes yang pantas ini amat membimbangkan semua pihak.

Persoalannya mengapa begitu pantas berlaku di negara ini padahal di peringkat awal pihak berwajib memberi jaminan bahawa kes ini terkawal. Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan berkerja keras bagi memastikan penyakit itu tidak menular ke negara ini. Namun kerja keras mereka berdua gagal membendung.

Bermula dari beberapa sekolah jenis kebangsaan Cina ditutup, tapi dalam tempoh tidak sampai sebulan beberapa UiTM ditutup, kemudian kolej dan politeknik termasuk sekolah agama di Johor turut terlibat. Perkembangan ini sungguh menghairankan. Mengapa pelajar Melayu dan Islam menjadi mangsa H1N1?

Rencana ini cuba menyingkap rahsia di sebalik wabak ini dan kaitannya dengan umat Islam. Sebenarnya sepanjang virus ini menyerang dunia, umat Islam daripada golongan pemimpin sehingga orang awam di kampung berasa sangat selesa dan selamat. Malah sebahagian orang Islam beranggap, selesema babi hanya akan menyerang orang yang makan babi. Maka orang Melayu tidak akan kena wabak itu.

Oleh sebab tidak bimbang penularannya terhadap orang Islam, pemimpin termasuk ulama tidak serius dalam usaha mengelaknya. Mereka tidak mengambil kisah dengan penjagaan kesihatan dan kebersihan. Umat Islam sudah ada rasa berbunga di hati bahawa mereka boleh bebas daripada selesema babi, namun hakikatnya mereka sombong kepada Allah.Sebenarnya Allah datangkan wabak ini untuk menguji hamba-Nya, tetapi apabila hamba-Nya tidak mahu mengambil iktibar daripada wabak itu, maka Dia membiarkan wabak itu menyerang sesiapa sahaja. Siapa yang langsung tidak mahu menjaga kesihatan dan kebersihan akan lebih cepat mendapat penyakit itu.

Selain itu, umat Islam yang terus lalai, leka, dan sombong itu tidak pernah berpaut kepada Allah. Mereka tidak pernah berdoa kepada Allah untuk memohon ditolak bala itu. Mereka tidak pernah meminta perlindungan Allah daripada wabak itu. Inilah hakikat yang sukar dinafikan.Menyedari keadaan ini, saya menyeru semua umat Islam supaya bertaubat daripada kealpaan itu. Marilah kita membaca doa minta Allah hindarkan wabak itu daripada kita dan negara. Baca doa ini sebanyak tujuh kali setiap kali lepas solat:

لِي خَمْسَةٌ أُطْفِي بِهَا حَرَّ الوَبَاءِ الْحَاطِمَةاَلْمُصْطَفَى وَالْمُرْتَضَى وَابْنَاهُمَا مَعَ فَاطِمَة

Bagiku lima orang yang dengannya boleh memadamkan kepanasan wabak iaitu Nabi Muhammad, Ali, Hasan, Husin bersama Fatimah.

Umat Islam seharusnya bergantung kepada Allah dalam semua keadaan, waktu baik apatah lagi waktu bencana. Apabila kita banyak bergantung kepada Allah waktu senang pasti Allah bersama dengan kita waktu kita susah.Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga SRIKU saya ingin berkongsi ilmu perawatan herba kerana sepatutnya kita mengamalkan kaedah "pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan" . Herba yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-
  1. IMT - 3 biji 3 kali sehari

  2. Roselle - 5 biji x 3 atau teh roselle - 2 uncang x3

  3. Madu coscinium - 2 sudu x 3

  4. Kopi Radix bila perlu

  5. Malac - 2 biji x 36

  6. Teh herba bila perlu
Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini .Amin.

p/s : Ini hanya cadangan herba,,,kalau ada sesiapa yang boleh berkongsi cara perawatan lain...boleh hubungi saya.....

Selasa, 4 Ogos 2009

LALUAN SUKAR PASUKAN FUTSAL SEKOLAH

Pegawai Pelajaran Daerah LMS Hj Mat Lazim bin Idris merasmikan Kejohanan Futsal LMS 2009


Menjadi Naib johan dalam kumpulan...

Mengalahkan SK Kg Yaman 1-0 pada kelayakan pusingan kedua...

Peringkat Suku Akhir , Pasukan SK Sri kurau menewaskan SK Batu Kurau 1-0


Pasukan sekolah hanya menduduki tempat keempat setelah ditewaskan oleh SK King Edward 2 dengan keputusan tipis 0-1 dalam aksi separuh akhir

HARI KEUSAHAWANAN 2009

Usahawan yang berjaya yg mengaut keuntungan yang tinggi,,Cikgu Zaini

Pembancuh Air yang setia............

Anak usahawan
Ali Burger yang akan menggegarkan Ramli Burger tak lama lagi..

Pelaris Ali Burger Sdn. Bhd




Pemenang cabutan bertuah iaitu sebaldi air



Karikatur yang berbakat
gambar yang dihasilkan oleh karikatur jemputan


Tokey air yang berjaya.........................

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons